Sunday, 25 October 2015

CIRI-CIRI DAN TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA


PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim.
            Alhamdulillah bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Walaupun banyak sangat rintangan yang terpaksa kami lalui untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk kajian ini. Kami juga bersyukur kerana Dia telah menganugerahkan kesihatan yang baik kepada kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
            Pertama kali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan berjuta-juta terima kasih ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Sahadah binti Haji Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga kami yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu ahli kumpulan kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Terima kasih.




BAHAGIAN A

1.0 PENGENALAN

            Perkataan "usahawan" popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970an bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun istilah ini mungkin baru tetapi konsep keusahawanan itu sebenarnya telah lama diamalkan.

Kalau kita menyingkap sejarah peradaban manusia, nilai keusahawanan telah lama dipraktikkan. Kita lihat bagaimana perdagangan pada suatu masa dahulu, walaupun pada ketika itu kekurangan segala kemudahan asas, ianya memainkan peranan penting dalam perkembangan sesebuah negara dan tamadun manusia. Sikap dan amalan mereka adalah sikap dan amalan yang ada pada diri orang yang dipanggil sebagai usahawan pada hari ini.
Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”. Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis “entrepremdre” yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba. Definisi Dalam Bahasa Melayu membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.

McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.

Definisi Keusahawanan ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya. Motif seseorang menjadi usahawan adalah faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak (pushing factor).

Usahawan pula adalah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti mencari peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai, dapat memenuhi keperluan orang ramai, sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran serta mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

Usahawan adalah diperlukan untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi. Di dalam mengendalikan tugas ini, usahawan perlu menggabungkan semua faktor-faktor ekonomi, mengambil risiko, mencipta, mereka, mencari peluang perniagaan dan sebagainya dengan tujuan mendapatkan keuntungan, kepuasan diri dan kemakmuran masyarakat. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, banyak ciri-ciri serta cabaran yang perlu mereka hadapi. Setiap usahawan, perlu ada ke-sembilan ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.



2.0 CIRI-CIRI USAHAWAN
            1. Open risk taker – Datuk Maznah Hamid
            2. Observant – Tan Sri Dato 'ShahrilShamsuddin
            3. Visionary – Dato’ AliffSyukriKamarzaman
            4. Failure is an option – Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
            5. Open Culture – Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew
            6. Outcome oriented – Datuk Jimmy Choo
            7. Team oriented – Tan Sri Dr. Jeffry Cheah
            8. Proactive – Steven Paul
            9. Networked – Robert Kuok Hock Nien



3.0 Latar Belakang Usahawan

            3.1 Berani mengambil risiko - Datuk Maznah Hamid
                                               

Usahawan wanita tersohor tanah air, Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady’. Beliau merupakan usahawan yang berani mengambil risiko. Bagi beliau, tanpa keberanian dalam diri seseorang usahawan, impian hanya tinggal impian. Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan SecuriforceSdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid.

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.  “Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.

Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981. Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector, peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Di sinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan di seluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yang moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak teruamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesen pun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keusahawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya. Beliau kerap kali menggesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.

Datuk Wira Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah di reka cipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri atau kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Beliau merupakan seorang pendidik, guru keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat di dalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Di situlah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' di mana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawanan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).

            3.2 Taat - Tan Sri Dato 'Shahril Shamsuddin



Dalam edisi keempat Kamus Oxford, taat bermakna keupayaan untuk meramalkan atau tindakan meramalkan apa yang akan berlaku atau diperlukan pada masa hadapan. Dengan mempunyai keupayaan ini, seseorang individu boleh membuat rancangan kemas untuk jangka masa panjang.

Dalam proses menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah untuk mempunyai taat. Ini adalah satu nilai yang penting dalam mereka sebagai seorang usahawan kerana ia membolehkan mereka untuk melihat lebih jauh untuk mengembangkan perniagaannya. Usahawan yang tahu bagaimana untuk merancang, menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang adalah usahawan yang mempunyai taat. Kelebihan usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini adalah kemampuan mereka untuk meramal perkara sebelum ia berlaku sama ada perkara itu akan memberikan keuntungan atau kerugian ke atas mereka.

Ini nilai taat di dalam diri Tan Sri Dato 'ShahrilShamsuddin, yang berusia 54 tahun Malaysia, telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan kepada Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 9 Disember 2011. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan. Tan Sri Dato 'Seri ShahrilShamsuddin adalah seorang usahawan minyak dan gas dan beliau memenangi Malaysia Usahawan Ernst & Young Anugerah Tahun pada tahun 2009.

Bermula di 19 kawasan, Shahril yang ketika itu berusia 30 tahun telah mula mengambil Syarikat Ahli kepimpinan beliau bapa. Shahril percaya bahawa untuk mencapai kejayaan yang lebih besar kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada wataknya. Dia membuat bapanya sebagai mentornya. Dia melihat bapanya yang bekerja keras dengan satu matlamat, iaitu untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka, dan ia menjadi dorongan untuk dia menjadi seperti bapanya. Tan Sri Dato 'Seri ShahrilShamsuddin juga membuat Balqis Musa AS Pengarah Eksekutif Ingress Corp Bhd dan KhooSoo Keong sebagai mentornya. (XandriaOoi, 2013).

Sejak bercakap tampuk pentadbiran di Sapura Kencana, Tan Sri Dato' Seri Shahril telah memacu syarikat itu ke dalam pelbagai perniagaan baru dan projek-projek di Malaysia, Australia, Brazil, Mexico, Vietnam, China, Afrika Barat dan beberapa negara lain. Pada hari ini, Sapura Kencana mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM 22 bilion, aset bernilai RM15 bilion dan kakitangan seramai 11 000 pekerja. Walau bagaimanapun Shahril tidak untuk membina sebuah syarikat gergasi. Niat awal beliau adalah untuk membina sebuah organisasi yang mempunyai kekuatan teknikal yang tinggi dan memberi nilai yang terbaik kepada pelanggan kami. Dia adalah seorang yang berpandangan jauh kerana ia akan mewujudkan sebuah organisasi yang besar tetapi tidak berkualiti.

Beliau lebih menumpukan kepada kualiti kerja yang dijalankan oleh ahli-ahlinya. Beliau dan ahli-ahli kumpulannya berkumpul dan bertemu tidak berfikir tentang apa perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia. Pada akhir tahun sembilan puluhan, hampir tidak ada pembekal perkhidmatan minyak dan gas syarikat, manakala negara ini adalah pengeluar minyak.

Keputusan perbincangan ialah Tan Sri Dato 'Seri ShahrilShamsuddin dan anggota pasukannya telah membentuk satu pasukan yang hebat dan mengisi jurang. Banyak syarikat apabila berminat dalam teknologi maklumat (IT), tetapi mereka keluar dari padang dan memasuki bidang minyak dan gas. (Sapura Kencana terpancut Keuntungan untuk Billionaire ShahrilShamsuddin, 2014) Tidak ramai orang yang memahami perniagaan pada masa itu. Beliau sangat prihatin kerana daripada bidang IT dan akhirnya memilih bidang minyak dan gas yang mempunyai potensi untuk berkembang.
           
           
3.3 Berwawasan - Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman



                            
  3.3.1 Latar Belakang
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar, Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah TelokGadongKlang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

 3.3.2 Pertubuhan Awal Syarikat
D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010 di mana mereka hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Beliau kini mengorak langkah maju setapak ke hadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.

Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 mereka telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sama ada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.

 3.3.3 Berwawasan
Antara salah satu ciri yang ditonjolkan oleh Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah berwawasan. Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekali gus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekali gus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Di samping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.

           

3.4 Kegagalan adalah satu pilihan - Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
                                               

                 3.4.1 Latar Belakang
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, KualaTerengganu, Terengganu. Beliau berumur 39tahun. Beliau memperoleh diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau dianugerahkan Darjah Indera MahkotaPahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada bulan Jun 2009. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Sani United SdnBhd (SUSB) yang merangkumi Sani Express SdnBhd, Sani Properties SdnBhd dan Sani Hotel Sdn Bhd.
           

 3.4.2 Belajar dari Kegagalan Membuatkan Anda Berjaya
Definisi kegagalan adalah sesuatu perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan orang lain dan berimpak negatif kepada orang atau makhluk lain. Bukan hanya orang lain, tetapi juga diri sendiri. Kegagalan tidak semuanya buruk. Kesalahan-kesalahan itu memberi pengalaman kepada kita dan biasanya kita lebih cepat mendapat pengajaran daripada suatu kegagalan. Setiap manusia akan melakukan kesilapan, tetapi seseorang itu perlu belajar dari kesilapan tersebut. Sikap ini juga perlu ada pada semua orang termasuklah usahawan yang berjaya.

      3.4.3 Kegagalan adalah sebagai Satu Pilihan
Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, yang merupakan pemilik  bas Sani Ekspress apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Daripada bidang hiburan, beliau terjun ke bidang keusahawanan atas kesedaran dirinya yang ketika itu hidup sekadar untuk mencari makan dan hiburkan diri sendiri. Menyedari menceburi bidang hiburan tidak menampakkan masa depannya dalam bidang itu, beliau beralih ke bidang keusahawanan dalam sektor pengangkutan. Bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

Pada tahun 2003, Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.

Tidak kiralah bagaimanapun kesalahan yang pernah kita lakukan, kesilapan tersebut boleh dijadikan iktibar dalam hidup kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. Dengan berlakunya kegagalan dalam hidup, akan membuat seseorang itu sedar dan bangun untuk lebih maju pada masa hadapan kelak.

            3.5 Budaya terbuka - Tan Sri Dato' Loh Boon Siew

                                                           
Usahawan yang berjaya semestinya merupakan seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan yang berfikiran terbuka juga akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Contohnya seperti Tan Sri Dato' Loh Boon Siew iaitu Pengasas Boon Siew Honda.

Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew (kiri) bersama pengasas Honda, Soichiro Honda Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperoleh pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak beberapa tahun lalu. Kejayaan ini membuktikan bahawa beliau sangat berfikiran terbuka dan kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

3.6 Berorientasikan hasil – Datuk Jimmy Choo


                                   
Nama sebenar Jimmy Choo adalah sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja namanya pada sijil kelahiran Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo itu dikenali ramai. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut.

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajarannya pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.

Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang mahal. Antara pelanggan-pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes, serta Puteri Diana dari Wales. Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa.

Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang besar.Pada April 2001, Jimmy Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang memperoleh saham-saham Jimmy Choo. Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat Jimmy Choo. Jimmy Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.

Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.

Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.

Jimmy Choo terkenal di seluruh dunia dan menjadi usahawan yang berjaya hasil daripada rekaan dalam pembuatan kasut dan beg. Dalam hal ini, ciri-ciri yang terserlah adalah berorientasikan hasil.



3.7 Berorientasikan pasukan – Tan Sri Dr. Jeffry Cheah
                                   

Berorientasikan pasukan bermaksud bekerja sepasukan. Ia juga bermaksud seorang usahawan itu tidak hanya mengambil kira dirinya sahaja. Setiap keputusan yang dibuat di dalam sesuatu projek melibatkan perbincangan dan persetujuan semua pihak didalam organisasi .  Usahawan tidak bekerja secara individu tetapi secara berpasukan . Di dalam orientasi pasukan berkonsepkan tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa dalam perniagaan dan setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tanpa diskriminasi.

Tan Sri Dr. Jeffry Cheah dilahirkan di Pusing, Perak dan mempunyai enam orang adik beradik. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau mendapat pendidikan tinggi dari Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria University of Technology, Australia. Selepas berjaya menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan motor. Tan Sri Dr. Jeffry Cheah merupakan usahawan yang mempunyai sikap berorientasikan pasukan. Asia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1997 di mana Sunway Holdings Berhad turut terkena tempiasnya.

Sikap berorientasikan pasukan beliau jelas apabila beliau mengambil beberapa langkah untuk menghadapi krisis ekonomi tersebut dengan mengumpulkan kesemua pekerja Sunway Holdings Berhad dan menunjukkan kestabilan akaun pada masa tersebut untuk berbincang bersama-sama. Beliau ingin mendapatkan sokongan penuh dari setiap pekerja dengan memastikan syarikat membayar gaji tepat pada waktunya. Beliau sendiri telah mengurangkan gajinya dan mengubah gaya hidup bagi mengurangkan gaya bermewah-mewah dan membazir tanpa memikirkan hierarki antara beliau dan pekerja beliau.

            3.8 Proaktif – Steven Paul
                                               

Seorang usahawan yang bersifat proaktif ialah seorang usahawan yang berinisiatif tinggi dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat di dalam perniagaannya. Justeru, ia melihat dirinya berkeupayaan untuk memilih dan bertindak dengan penuh integriti. Seorang usahawan yang proaktif juga akan mencari idea-idea baharu untuk memperbaik keadaan yang ada supaya sebarang masalah dan kekurangan dapat dibetulkan. Melalui sikap ini juga, ia percaya bahawa dapat mengawal apa-apa yang berlaku disekelilingnya dan tidak mudah menyalahkan orang lain atau keadaan apabila berlaku sesuatu.

Steven Paul "Steve" Jobs lahir pada 24 Februari 1955 ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Steve Jobs merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri proaktif. Beliau bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Steve Jobs berjaya membentuk persepsi pelanggan dan peminatnya dan menanamkan tanggapan terhadap produk Apple dalam kalangan pembelinya yang mereka sebenarnya merupakan golongan sasaran terpilih. Dengan adanya ciri inisiatif dan proaktif, beliau tidak mengetepikan pandangan pelanggan sebaliknya, menggunakan pandangan tersebut sebagai inspirasi bukannya panduan untuk mencipta produk.

            3.9 Rangkaian – Robert Kuok Hock Nien
                                               

Rangkaian perniagaan dapat memastikan penyampaian dan perolehan maklumat dengan efisien dalam merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan. Ia dapat dibentuk melalui laman web, blog, kad nama perniagaan, edaran risalah, melawat rakan perniagaan untuk merapatkan hubungan dan lain-lain. Jadi, rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan usahawan perlu dipelihara menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas. Contohnya seperti Robert Kuok Hock Nien.

Robert Kuok Hock Nien selalu percaya tidak mempunyai jalan singkat ke arah kejayaan kerana kejayaan memerlukan hasil keras. Robert Kuok dikenali dengan pendirian seorang yang teliti, bercita-cita tinggi, kurang bercakap, mudah didampingi, pertuturan lemah lembut, sopan dan tertib. Beliau mempelajari membina hubungan rapat dengan mengikut jejak bapanya, Kuok Keng Kang yang menguruskan syarikat Tong Seng dan mengamalkan hubungan baik dengan pemimpin Melayu Johor.

Beliau banyak melabur di negara Asia di samping  perniagaan gula, beras dan tepung di Malaysia. Perniagaannya merangkumi penanaman tebu iaitu Perlis Plantations Bhd, penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Sugar Nissin Manufacturing dan Mitsui Bussan Kaisha Ltd. Pada tahun 1964, beliau mendirikan kilang gula pertama di Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama di Malaysia, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan melalui pertolongan FELDA. Sekitar 1970-an, Kuok mengekalkan hubungan dengan kerajaan Indonesia untuk mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional. Kesannya, ladang berjaya diluaskan ke Indonesia.

Kejayaan Kuok menjadi dorongan kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan beliau bagi menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada lewat 1960-an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Pada tahun 1960-an dan 1980-an, Kuok memberanikan diri untuk melabur di negara bergolak seperti Indonesia dan Filipina ketika waktu orang lain tidak berani untuk melangkau langkah mereka. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit.

Kejayaan Kuok bukan sahaja di Indonesia, Malaysia dan Singapore, beliau turut menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) di Hong Kong dan melangkah ke bidang media serta hartanah seperti South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993 dan juga The Bangkok Post telah dikuasai olehnya. Beliau juga mengambil alih TVE Holdings yang terlibat dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan pada tahun 1996. Dengan bangganya, beliau menjadi ahli perniagaan Asia pertama yang membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.

Dari Hong Kong, Kuok beralih ke tanah besar China dengan melibatkan diri dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li KaShing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan ChatriSophonpanich dalam apa yang kita katakan 'Rangkaian Bamboo'.




Biografi seorang usahawan berjaya.
         
          Seperti yang kita sedia maklum, usahawan bukanlah dilahirkan ia adalah dibentuk oleh itu,menjadi usahawan haruslah mempunyai daya pemikiran yang kreatif selain sentiasa terbuka menerima keputusan sama ada keputusan yang menaikkan semangat kita mahupun keputusan yang boleh memberi impak negatif kepada kita. Namun, cara kita hadapi permasalahan mahupun risko itulah yang membolehkan kita berusaha maju ke hadapan.
         
          Usahawan tempatan, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh yang berusia 39 tahun pada tahun ini dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau memperoleh diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau dianugerahkan Darjah Indera MahkotaPahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada bulan Jun 2009. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) yang merangkumi Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd.
Datuk Wan Mohamad Sani Salleh merupakan satu contoh yang boleh usahawan atau bakal usahawan jadikan sebagai idola.

i. Berwawasan
          Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh merupakan seorang usahawan yang berwawasan dan terbukti apabila beliau menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan pada tahun 2003. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

ii. Kegagalan adalah satu pilihan.
      Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, yang merupakan pemilik  bas Sani Ekspress apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Daripada bidang hiburan, beliau terjun ke bidang keusahawanan atas kesedaran dirinya yang ketika itu hidup sekadar untuk mencari makan dan hiburkan diri sendiri. Menyedari menceburi bidang hiburan tidak menampakkan masa depannya dalam bidang itu, beliau beralih ke bidang keusahawanan dalam sektor pengangkutan. Bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
       
        Pada tahun 2003, Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
     
       Tidak kiralah bagaimanapun kesalahan yang pernah kita lakukan, kesilapan tersebut boleh dijadikan iktibar dalam hidup kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. Dengan berlakunya kegagalan dalam hidup, akan membuat seseorang itu sedar dan bangun untuk lebih maju pada masa hadapan kelak.


iii. Berorentasikan pasukan.
           Berorientasikan pasukan bermaksud bekerja sepasukan. Ia juga bermaksud seorang usahawan itu tidak hanya mengambil kira dirinya sahaja. Setiap keputusan yang dibuat di dalam sesuatu projek melibatkan perbincangan dan persetujuan semua pihak didalam organisasi .  Usahawan tidak bekerja secara individu tetapi secara berpasukan. Di dalam orientasi pasukan berkonsepkan tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa dalam perniagaan dan setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tanpa diskriminasi. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh merupakan seorang usahawan dan majikan yang memegang konsep berorentasikan pasukan. Beliau mesra dengan kakitangannya dan sentiasa mengambil berat setiap jawatan yang ada di dalam syarikat beliau, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana beliau berpendapat bahawa jika satu jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu.

iv. Berani mengambil risiko.
            Setiap usahawan mestilah berani memulakan sesuatu yang beliau sendiri tidak pasti dan sanggup mengambil sebarang risiko di samping mencari kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengurangkan risiko yang timbul dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi yang cara yang berhemah dan bijaksana. Ketika menubuhkan SUSB pada tahun 2003, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri. Keadaan ini menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri. Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa. Beliau perlu membuat keputusan sendiri. Ketika itu beliau hanya mempunyai seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

v. Teliti
     Observant bermaksud tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh menggunakan pengalaman beliau menggunakan pengangkutan awam iaitu bas ekspres sejak dulu lagi untuk mengetahui keperluan pelanggan dan pengalaman beliau itu digunakan ketika menguruskan Sani Express.


KESIMPULAN

Untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya dan terkenal di dunia keusahawanan bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai pada zaman era globalisasi ini. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa seseorang yang bergelar usahawan hendaklah berani mengambil risiko seperti memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan walaupun halangan dan cabaran yang hebat harus ditempuhi sebelum mencapai kearah kejayaan. Usahawan juga hendaklah mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan bagi kemakmuran dan bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan. Usahawan juga merupakan seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. Kegagalan dalam perjuangan bukanlah suatu penghalang bagi mereka untuk mengundur diri. Malah, mereka lebih bersemangat untuk mengejar impian masing-masing.


Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang bijak menggunakan rangkaian sebagai suatu alat perantaraan yang boleh menghubungkan antara usahawan dan pelanggan dengan lebih dekat. Usahawan juga merupakan individu yang unik dan berfikiran secara terbuka berbanding orang lain. Ciri-ciri usahawan yang ada pada setiap individu berupaya membangunkan bukan sahaja diri sendiri, malah bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Usahawan juga mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata di atas usaha usaha dan semangat juang yang mereka tonjolkan dalam diri setiap individu. Mereka yang mampu mengenalpasti peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan mengembling tenaga manusia, kewangan dan lain-lain bahan untuk membentuk perniagaan yang mendatangkan hasil juga merupakan usahawan. 


5.0 RUJUKAN

Sumber Buku
Asas keusahawanan / Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia. Shah Alam: MEDEC, 1992.
Fazilah Ibrahim  dan Wan Mohd Nazif : Formula menjadi usahawan berjaya. PTS                                   PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd, KUALA LUMPUR. 2007
Haji Rusdi Haji Mustafa. Ke arah usahawan berjaya.Kuala Lumpur: Tunas Ilmu 1991.


Sumber Akhbar
KOK, C. (2015, January 3). The Star Online. Retrieved 10 2, 2015, from The Star Online Web site:
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/01/03/Oriental-Holdings-       enters-new-era-Will-the-third-generation-of-the-Loh-family-inject-excitement-        into/?style=biz
MERAN ABU BAKAR.ARKIB : 12/04/2013. AliffSyukri Cetus Fenomena. Utusan Online(Keluarga).
RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH. ARKIB : 08/07/2012. Kehebatan Jimmy         Choo. Utusan Online(Rencana).


Sumber Internet
Bonjour. (2010, September 25). Daily Tools. Retrieved October 3, 2015, from Daily Tools Web site:
Mousumi Saha Kumar. (2012, February 14). Brainprick. Retrieved October 5, 2015, from Brainprick Web site:

http://brainprick.com/robert-kuok-from-office-boy-to-the-richest-in-southeast-asia/