PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah
bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat juga kami menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Walaupun banyak sangat rintangan yang terpaksa kami lalui untuk
mendapatkan maklumat mengenai tajuk kajian ini. Kami juga bersyukur kerana Dia
telah menganugerahkan kesihatan yang baik kepada kami sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini.
Pertama
kali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan berjuta-juta terima kasih
ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Sahadah binti Haji Abdullah kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami
juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga kami
yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu ahli
kumpulan kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada
mereka.
Akhir
madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Terima kasih.
BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
Perkataan "usahawan"
popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam pertengahan tahun 1970an
bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun
istilah ini mungkin baru tetapi konsep keusahawanan itu sebenarnya telah lama
diamalkan.
Kalau
kita menyingkap sejarah peradaban manusia, nilai keusahawanan telah lama
dipraktikkan. Kita lihat bagaimana perdagangan pada suatu masa dahulu, walaupun
pada ketika itu kekurangan segala kemudahan asas, ianya memainkan peranan
penting dalam perkembangan sesebuah negara dan tamadun manusia. Sikap dan
amalan mereka adalah sikap dan amalan yang ada pada diri orang yang dipanggil
sebagai usahawan pada hari ini.
Dalam
bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”. Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan
Perancis “entrepremdre” yang membawa maksud memikul tugas atau
mencuba. Definisi Dalam Bahasa Melayu membawa maksud orang yang mengusahakan
sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan
sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko
perniagaan yang diceburinya.
McClelland
(1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian
tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah
mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi
Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan
pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau
menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan
tersebut.
Definisi Keusahawanan
ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang,
memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang
telah diterokainya. Motif seseorang menjadi
usahawan adalah faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling
factor) dan faktor tertolak (pushing factor).
Usahawan
pula adalah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan
mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti
tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti
mencari peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan
kepada dirinya dan orang ramai, dapat memenuhi keperluan orang ramai, sedia
membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran serta mengambil risiko
yang telah dipertimbangkan.
Usahawan
adalah diperlukan untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan
proses pertumbuhan ekonomi. Di dalam mengendalikan tugas ini, usahawan perlu
menggabungkan semua faktor-faktor ekonomi, mengambil risiko, mencipta, mereka,
mencari peluang perniagaan dan sebagainya dengan tujuan mendapatkan keuntungan,
kepuasan diri dan kemakmuran masyarakat. Untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya, banyak ciri-ciri serta cabaran yang perlu mereka hadapi. Setiap
usahawan, perlu ada ke-sembilan ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya.
2.0
CIRI-CIRI USAHAWAN
1. Open risk taker – Datuk Maznah
Hamid
2. Observant – Tan Sri Dato
'ShahrilShamsuddin
3. Visionary – Dato’
AliffSyukriKamarzaman
4. Failure is an option – Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh
5. Open Culture – Tan Sri Dato’ Loh
Boon Siew
6. Outcome oriented – Datuk Jimmy
Choo
7. Team oriented – Tan Sri Dr.
Jeffry Cheah
8. Proactive – Steven Paul
9. Networked – Robert Kuok Hock Nien
3.0 Latar Belakang
Usahawan
3.1
Berani mengambil risiko - Datuk Maznah Hamid
Usahawan wanita tersohor tanah air, Datuk
Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady’. Beliau merupakan usahawan
yang berani mengambil risiko. Bagi beliau, tanpa keberanian dalam diri
seseorang usahawan, impian hanya tinggal impian. Inilah kata-kata hikmah Iron
Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini.
Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa.
Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan SecuriforceSdn. Bhd. (Securiforce), Datuk
Maznah Hamid.
Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia
yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce
menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi
selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400
syarikat seumpamanya di negara ini.
“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami,
pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.
Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui,
beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal
dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau
yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari
berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga
terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.
Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang
boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang
perniagaan kawalan keselamatan. Beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa
memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981. Pada awal pembabitan
dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan
operasi syarikat daripada bill collector, peronda dan pengawal keselamatan
sendiri.
Di sinilah sebenarnya beliau dapat melihat
bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau
atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau
berkembang kepada 50 buah cawangan di seluruh negara dengan kelengkapan alat
kawalan keselamatan yang moden dan terkini.
Kejayaan beliau memang dicemburui banyak
pihak teruamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesen pun
bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah
diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang
dunia keusahawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre)
adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai
lagi usahawan yg berjaya. Beliau kerap kali menggesa supaya kita menjadi orang
yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati
dalam kejayaan orang lain.
Datuk Wira Dr. Maznah adalah Pengerusi
Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak
dikenali langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan
yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain
seumpamanya.
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah
cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan
senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van
kalis peluru tersebut telah di reka cipta dan dihasilkan oleh Securiforce
sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan
terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik,
cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan
‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce
memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total
security’.
Hasil daripada kegigihan beliau dan
pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak
syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju
hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri atau kondominium mewah,
‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce
juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan
menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara),
beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia,
Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura,
Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success
story' Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan
berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini,
amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip
kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya
sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang dinamik,
berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau
memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang
dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'.
Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan
perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Beliau merupakan seorang pendidik, guru
keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat
masyarakat di dalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan
dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang
untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Di situlah
beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' di mana kita sering
mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau
yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain
menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan
keusahawanan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian
tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar
terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational
Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan.
Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang
beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan
kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’.
Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat
keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku
bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini
Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album
Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman
serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya
memburu kejayaan. Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari
Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association
of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International
Federation for Professional Speakers (IFFPS).
Dalam edisi keempat Kamus Oxford, taat
bermakna keupayaan untuk meramalkan atau tindakan meramalkan apa yang akan
berlaku atau diperlukan pada masa hadapan. Dengan mempunyai keupayaan ini,
seseorang individu boleh membuat rancangan kemas untuk jangka masa panjang.
Dalam proses menjadi seorang usahawan yang
berjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah untuk mempunyai taat.
Ini adalah satu nilai yang penting dalam mereka sebagai seorang usahawan kerana
ia membolehkan mereka untuk melihat lebih jauh untuk mengembangkan
perniagaannya. Usahawan yang tahu bagaimana untuk merancang, menganalisis,
merumus dan mengambil setiap peluang adalah usahawan yang mempunyai taat.
Kelebihan usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini adalah kemampuan mereka untuk
meramal perkara sebelum ia berlaku sama ada perkara itu akan memberikan
keuntungan atau kerugian ke atas mereka.
Ini nilai taat di dalam diri Tan Sri Dato
'ShahrilShamsuddin, yang berusia 54 tahun Malaysia, telah dilantik sebagai
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan kepada Lembaga Pengarah
sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 9 Disember 2011. Beliau juga adalah
ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan. Tan Sri Dato 'Seri ShahrilShamsuddin adalah
seorang usahawan minyak dan gas dan beliau memenangi Malaysia Usahawan Ernst
& Young Anugerah Tahun pada tahun 2009.
Bermula di 19 kawasan, Shahril yang ketika
itu berusia 30 tahun telah mula mengambil Syarikat Ahli kepimpinan beliau bapa.
Shahril percaya bahawa untuk mencapai kejayaan yang lebih besar kerana ia sudah
menjadi sebahagian daripada wataknya. Dia membuat bapanya sebagai mentornya.
Dia melihat bapanya yang bekerja keras dengan satu matlamat, iaitu untuk
memberi pendidikan kepada anak-anak mereka, dan ia menjadi dorongan untuk dia
menjadi seperti bapanya. Tan Sri Dato 'Seri ShahrilShamsuddin juga membuat
Balqis Musa AS Pengarah Eksekutif Ingress Corp Bhd dan KhooSoo Keong sebagai
mentornya. (XandriaOoi, 2013).
Sejak bercakap tampuk pentadbiran di Sapura
Kencana, Tan Sri Dato' Seri Shahril telah memacu syarikat itu ke dalam pelbagai
perniagaan baru dan projek-projek di Malaysia, Australia, Brazil, Mexico,
Vietnam, China, Afrika Barat dan beberapa negara lain. Pada hari ini, Sapura
Kencana mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM 22 bilion, aset bernilai RM15
bilion dan kakitangan seramai 11 000 pekerja. Walau bagaimanapun Shahril tidak
untuk membina sebuah syarikat gergasi. Niat awal beliau adalah untuk membina
sebuah organisasi yang mempunyai kekuatan teknikal yang tinggi dan memberi
nilai yang terbaik kepada pelanggan kami. Dia adalah seorang yang berpandangan
jauh kerana ia akan mewujudkan sebuah organisasi yang besar tetapi tidak
berkualiti.
Beliau lebih menumpukan kepada kualiti kerja
yang dijalankan oleh ahli-ahlinya. Beliau dan ahli-ahli kumpulannya berkumpul
dan bertemu tidak berfikir tentang apa perkhidmatan yang ditawarkan di
Malaysia. Pada akhir tahun sembilan puluhan, hampir tidak ada pembekal
perkhidmatan minyak dan gas syarikat, manakala negara ini adalah pengeluar
minyak.
Keputusan perbincangan ialah Tan Sri Dato
'Seri ShahrilShamsuddin dan anggota pasukannya telah membentuk satu pasukan
yang hebat dan mengisi jurang. Banyak syarikat apabila berminat dalam teknologi
maklumat (IT), tetapi mereka keluar dari padang dan memasuki bidang minyak dan
gas. (Sapura Kencana terpancut Keuntungan untuk Billionaire ShahrilShamsuddin,
2014) Tidak ramai orang yang memahami perniagaan pada masa itu. Beliau sangat
prihatin kerana daripada bidang IT dan akhirnya memilih bidang minyak dan gas
yang mempunyai potensi untuk berkembang.
3.3.1 Latar Belakang
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan
pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah berpindah
dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar, Selangor kemudian melanjutkan
pengajian di Sekolah Menengah TelokGadongKlang. Selepas itu beliau telah belajar
di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah
pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam
sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
3.3.2 Pertubuhan Awal Syarikat
D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy
Marketing) ditubuhkan pada September 2010 di mana mereka hanya beroperasi di
lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk
utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan
Lipstick Rawatan Bibir. Beliau kini mengorak langkah maju setapak ke hadapan
dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang
kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2
mereka telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi
melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini
D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna
sama ada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di
Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan berazam untuk menjadi salah satu jenama
kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami
sehingga ke seluruh dunia.
3.3.3 Berwawasan
Antara salah satu ciri yang ditonjolkan oleh
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah
berwawasan. Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama
D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan
produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan
ringkas sekali gus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan,
keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua
golongan sekali gus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua
pihak iaitu pengeluar dan peniaga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya juga,
beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi
yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu membantu golongan wanita dan
lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan
lebih yakin dan bergaya. Di samping membantu mereka menjana pendapatan yang
lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.
3.4 Kegagalan adalah satu
pilihan - Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
3.4.1 Latar Belakang
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, KualaTerengganu, Terengganu.
Beliau berumur 39tahun. Beliau memperoleh diploma dalam bidang Pengurusan
Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau dianugerahkan Darjah Indera
MahkotaPahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah pada bulan Jun 2009. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas
yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani
United Sdn. Bhd. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Sani
United SdnBhd (SUSB) yang merangkumi Sani Express SdnBhd, Sani Properties
SdnBhd dan Sani Hotel Sdn Bhd.
3.4.2 Belajar dari Kegagalan Membuatkan Anda
Berjaya
Definisi kegagalan adalah sesuatu
perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan orang lain dan berimpak
negatif kepada orang atau makhluk lain. Bukan hanya orang lain, tetapi juga
diri sendiri. Kegagalan tidak semuanya buruk. Kesalahan-kesalahan itu memberi
pengalaman kepada kita dan biasanya kita lebih cepat mendapat pengajaran
daripada suatu kegagalan. Setiap manusia akan melakukan kesilapan, tetapi seseorang
itu perlu belajar dari kesilapan tersebut. Sikap ini juga perlu ada pada semua
orang termasuklah usahawan yang berjaya.
3.4.3 Kegagalan adalah sebagai Satu
Pilihan
Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra
dengan panggilan Sani, yang merupakan pemilik
bas Sani Ekspress apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak
pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu
merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Daripada bidang hiburan, beliau
terjun ke bidang keusahawanan atas kesedaran dirinya yang ketika itu hidup
sekadar untuk mencari makan dan hiburkan diri sendiri. Menyedari menceburi
bidang hiburan tidak menampakkan masa depannya dalam bidang itu, beliau beralih
ke bidang keusahawanan dalam sektor pengangkutan. Bermula dengan membuka
bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan
Terengganu dan seterusnya mencuba dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang
sememangnya menjadi minatnya.
Pada tahun 2003, Sani menubuhkan SUSB
khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Daripada seorang pekerja, Sani kini
mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani
kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7
juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba
lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat
latihan dan surau.
Tidak kiralah bagaimanapun kesalahan
yang pernah kita lakukan, kesilapan tersebut boleh dijadikan iktibar dalam
hidup kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. Dengan berlakunya kegagalan
dalam hidup, akan membuat seseorang itu sedar dan bangun untuk lebih maju pada
masa hadapan kelak.
3.5
Budaya terbuka - Tan Sri Dato' Loh Boon Siew
Usahawan yang berjaya semestinya
merupakan seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang
berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada
dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya
serta tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak sihat kerana
usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan yang berfikiran
terbuka juga akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus
dan pekerja bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat
berdasarkan semua pihak yang berkepentingan dengannya. Contohnya seperti Tan
Sri Dato' Loh Boon Siew iaitu Pengasas Boon Siew Honda.
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew (kiri)
bersama pengasas Honda, Soichiro Honda Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung
Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada
satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan
beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.Sejak kecil lagi beliau bekerja
mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual
sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya
membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan.
Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
Mereka berdua tidak mempunyai sedikit
pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk
keluarga yang berada di China. Untuk memperoleh pendapatan lebih, di sebelah
malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18
tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara
bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
Hasil daripada wang yang disimpan
sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai
RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas
penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga
RM 1.40 sehari.
Setiap keuntungan disimpan sedikit
sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau
mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan.
Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan
membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis
motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun
untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum
pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika
dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat
perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan
rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya
ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak,
namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga
menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Beliau adalah orang yang berjaya
menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di
negara ini sejak beberapa tahun lalu. Kejayaan ini membuktikan bahawa beliau
sangat berfikiran terbuka dan kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga
dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan
beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh
usahawan terkemuka di Malaysia.
Nama sebenar Jimmy Choo adalah
sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja namanya pada sijil
kelahiran Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo itu dikenali ramai. Beliau
dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di
mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih
Chung dan tamat pembelajarannya pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan
berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Beliau menyambung
pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba
untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang
ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan
kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau
mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama
Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat
liputan media jualannya terus merosot.
Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta
beg tangan buatan tangan yang mahal. Antara pelanggan-pelanggannya ialah
Natalie Imbruglia dan Katie Holmes, serta Puteri Diana dari Wales. Empat tahun
berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas
membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta
dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di
persada antarabangsa.
Pada tahun 1996, beliau mengasaskan
Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Tamara Mellon
menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat
pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam
kuantiti yang besar.Pada April 2001, Jimmy Choo mengumumkan satu perjanjian
perkongsian baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang memperoleh saham-saham
Jimmy Choo. Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat
Jimmy Choo. Jimmy Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga
sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo
Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
Selepas tamat
pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan
menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau
mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat
menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun
keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue,
sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi
beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus
merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi
segera.
Namun, selepas empat
tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan
dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri
Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus
melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan
dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan
selebriti di serata dunia.
Jimmy Choo terkenal
di seluruh dunia dan menjadi usahawan yang berjaya hasil daripada rekaan dalam
pembuatan kasut dan beg. Dalam hal ini, ciri-ciri yang terserlah adalah
berorientasikan hasil.
3.7 Berorientasikan pasukan
– Tan Sri Dr. Jeffry Cheah
Berorientasikan pasukan bermaksud
bekerja sepasukan. Ia juga bermaksud seorang usahawan itu tidak hanya mengambil
kira dirinya sahaja. Setiap keputusan yang dibuat di dalam sesuatu projek melibatkan
perbincangan dan persetujuan semua pihak didalam organisasi . Usahawan tidak bekerja secara individu tetapi
secara berpasukan . Di dalam orientasi pasukan berkonsepkan tidak ada sesiapa
yang lebih berkuasa dalam perniagaan dan setiap orang mempunyai hak untuk
menyuarakan pendapat tanpa diskriminasi.
Tan Sri Dr. Jeffry Cheah dilahirkan di
Pusing, Perak dan mempunyai enam orang adik beradik. Beliau merupakan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau mendapat pendidikan tinggi dari
Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria
University of Technology, Australia. Selepas berjaya menamatkan pengajian,
beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan motor.
Tan Sri Dr. Jeffry Cheah merupakan usahawan yang mempunyai sikap
berorientasikan pasukan. Asia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1997 di mana
Sunway Holdings Berhad turut terkena tempiasnya.
Sikap berorientasikan pasukan beliau
jelas apabila beliau mengambil beberapa langkah untuk menghadapi krisis ekonomi
tersebut dengan mengumpulkan kesemua pekerja Sunway Holdings Berhad dan
menunjukkan kestabilan akaun pada masa tersebut untuk berbincang bersama-sama.
Beliau ingin mendapatkan sokongan penuh dari setiap pekerja dengan memastikan
syarikat membayar gaji tepat pada waktunya. Beliau sendiri telah mengurangkan
gajinya dan mengubah gaya hidup bagi mengurangkan gaya bermewah-mewah dan
membazir tanpa memikirkan hierarki antara beliau dan pekerja beliau.
3.8
Proaktif – Steven Paul
Seorang usahawan yang bersifat proaktif
ialah seorang usahawan yang berinisiatif tinggi dan bertanggungjawab terhadap
setiap keputusan yang dibuat di dalam perniagaannya. Justeru, ia melihat
dirinya berkeupayaan untuk memilih dan bertindak dengan penuh integriti.
Seorang usahawan yang proaktif juga akan mencari idea-idea baharu untuk
memperbaik keadaan yang ada supaya sebarang masalah dan kekurangan dapat
dibetulkan. Melalui sikap ini juga, ia percaya bahawa dapat mengawal apa-apa
yang berlaku disekelilingnya dan tidak mudah menyalahkan orang lain atau
keadaan apabila berlaku sesuatu.
Steven Paul "Steve" Jobs lahir
pada 24 Februari 1955 ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika
Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc.
Steve Jobs merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri proaktif. Beliau
bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain,
mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang
berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Steve Jobs berjaya membentuk persepsi
pelanggan dan peminatnya dan menanamkan tanggapan terhadap produk Apple dalam
kalangan pembelinya yang mereka sebenarnya merupakan golongan sasaran terpilih.
Dengan adanya ciri inisiatif dan proaktif, beliau tidak mengetepikan pandangan
pelanggan sebaliknya, menggunakan pandangan tersebut sebagai inspirasi bukannya
panduan untuk mencipta produk.
3.9
Rangkaian – Robert Kuok Hock Nien
Rangkaian perniagaan dapat memastikan
penyampaian dan perolehan maklumat dengan efisien dalam merebut peluang untuk
mengembangkan perniagaan. Ia dapat dibentuk melalui laman web, blog, kad nama
perniagaan, edaran risalah, melawat rakan perniagaan untuk merapatkan hubungan
dan lain-lain. Jadi, rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan usahawan
perlu dipelihara menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas. Contohnya
seperti Robert Kuok Hock Nien.
Robert Kuok Hock Nien selalu percaya
tidak mempunyai jalan singkat ke arah kejayaan kerana kejayaan memerlukan hasil
keras. Robert Kuok dikenali dengan pendirian seorang yang teliti, bercita-cita
tinggi, kurang bercakap, mudah didampingi, pertuturan lemah lembut, sopan dan
tertib. Beliau mempelajari membina hubungan rapat dengan mengikut jejak
bapanya, Kuok Keng Kang yang menguruskan syarikat Tong Seng dan mengamalkan
hubungan baik dengan pemimpin Melayu Johor.
Beliau banyak melabur di negara Asia di
samping perniagaan gula, beras dan
tepung di Malaysia. Perniagaannya merangkumi penanaman tebu iaitu Perlis
Plantations Bhd, penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak
dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan
pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan
penerbitan.
Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing
Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Sugar Nissin Manufacturing dan Mitsui
Bussan Kaisha Ltd. Pada tahun 1964, beliau mendirikan kilang gula pertama di
Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari
kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama di Malaysia, Perlis
Plantation di tanah milik kerajaan melalui pertolongan FELDA. Sekitar 1970-an,
Kuok mengekalkan hubungan dengan kerajaan Indonesia untuk mendapat kerjasama
pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham
Nasional. Kesannya, ladang berjaya diluaskan ke Indonesia.
Kejayaan Kuok menjadi dorongan kepada
kerajaan untuk mendapatkan bantuan beliau bagi menubuhkan Malaysia-Singapore
Airlines (MSA) pada lewat 1960-an serta syarikat perkapalan ulung negara,
Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Pada tahun 1960-an
dan 1980-an, Kuok memberanikan diri untuk melabur di negara bergolak seperti
Indonesia dan Filipina ketika waktu orang lain tidak berani untuk melangkau
langkah mereka. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak
berkuasa negara terbabit.
Kejayaan Kuok bukan sahaja di Indonesia,
Malaysia dan Singapore, beliau turut menubuhkan Kerry Trading Company (kerry)
di Hong Kong dan melangkah ke bidang media serta hartanah seperti South China
Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari
Rupert Murdoch pada 1993 dan juga The Bangkok Post telah dikuasai olehnya.
Beliau juga mengambil alih TVE Holdings yang terlibat dalam bidang hartanah,
hiburan, runcit dan penerbitan pada tahun 1996. Dengan bangganya, beliau
menjadi ahli perniagaan Asia pertama yang membina rangkaian hotel lima bintang,
Shangri-la.
Dari Hong Kong, Kuok beralih ke tanah
besar China dengan melibatkan diri dalam bidang pembangunan hartanah, hotel,
dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Beliau juga memupuk hubungan
baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong,
Li KaShing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui,
Roberto Ongpin dan ChatriSophonpanich dalam apa yang kita katakan 'Rangkaian
Bamboo'.
Biografi
seorang usahawan berjaya.
Seperti
yang kita sedia maklum, usahawan bukanlah dilahirkan ia adalah dibentuk oleh
itu,menjadi usahawan haruslah mempunyai daya pemikiran yang kreatif selain
sentiasa terbuka menerima keputusan sama ada keputusan yang menaikkan semangat
kita mahupun keputusan yang boleh memberi impak negatif kepada kita. Namun,
cara kita hadapi permasalahan mahupun risko itulah yang membolehkan kita
berusaha maju ke hadapan.
Usahawan tempatan, Datuk Wan Mohamad
Sani Salleh yang berusia 39 tahun pada tahun ini dilahirkan pada 24 Julai 1976
di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau
memperoleh diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway pada tahun
1994. Beliau dianugerahkan Darjah Indera MahkotaPahang (DIMP) yang membawa
gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada bulan Jun 2009. Beliau
merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres
di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. Beliau kini memegang jawatan
sebagai Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB) yang merangkumi Sani Express
Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd.
Datuk Wan Mohamad
Sani Salleh merupakan satu contoh yang boleh usahawan atau bakal usahawan
jadikan sebagai idola.
i.
Berwawasan
Seseorang usahawan
mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu
dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Wawasan dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau
wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian
wawasan yang ditetapkan. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh merupakan seorang
usahawan yang berwawasan dan terbukti apabila beliau menubuhkan SUSB khusus untuk
perniagaan pengangkutan pada tahun 2003. Beliau meletakkan tekad untuk merubah
tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Beliau bermula dengan membuka
bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan
Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu
bas yang sememangnya menjadi minatnya.
ii.
Kegagalan adalah satu pilihan.
Bagi Wan Mohd Sani
atau lebih mesra dengan panggilan Sani, yang merupakan pemilik bas Sani Ekspress apa dikecapinya hari ini di
luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan
atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Daripada
bidang hiburan, beliau terjun ke bidang keusahawanan atas kesedaran dirinya
yang ketika itu hidup sekadar untuk mencari makan dan hiburkan diri sendiri.
Menyedari menceburi bidang hiburan tidak menampakkan masa depannya dalam bidang
itu, beliau beralih ke bidang keusahawanan dalam sektor pengangkutan. Bermula
dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala
Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba dalam bidang pengangkutan iaitu
bas yang sememangnya menjadi minatnya.
Pada tahun 2003, Sani
menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Daripada seorang
pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di
Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan
belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di
Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu
dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Tidak kiralah
bagaimanapun kesalahan yang pernah kita lakukan, kesilapan tersebut boleh
dijadikan iktibar dalam hidup kita untuk lebih berjaya di masa hadapan. Dengan
berlakunya kegagalan dalam hidup, akan membuat seseorang itu sedar dan bangun
untuk lebih maju pada masa hadapan kelak.
iii. Berorentasikan pasukan.
Berorientasikan
pasukan bermaksud bekerja sepasukan. Ia juga bermaksud seorang usahawan itu
tidak hanya mengambil kira dirinya sahaja. Setiap keputusan yang dibuat di
dalam sesuatu projek melibatkan perbincangan dan persetujuan semua pihak
didalam organisasi . Usahawan tidak
bekerja secara individu tetapi secara berpasukan. Di dalam orientasi pasukan
berkonsepkan tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa dalam perniagaan dan setiap
orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tanpa diskriminasi. Datuk Wan
Mohamad Sani Salleh merupakan seorang usahawan dan majikan yang memegang konsep
berorentasikan pasukan. Beliau mesra dengan kakitangannya dan sentiasa
mengambil berat setiap jawatan yang ada di dalam syarikat beliau, daripada
kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana beliau
berpendapat bahawa jika satu jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi
syarikat akan terganggu.
iv. Berani mengambil
risiko.
Setiap usahawan mestilah berani memulakan
sesuatu yang beliau sendiri tidak pasti dan sanggup mengambil sebarang risiko
di samping mencari kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengurangkan risiko yang
timbul dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi yang cara yang berhemah
dan bijaksana. Ketika menubuhkan SUSB pada tahun 2003, Datuk Wan Mohamad Sani
Salleh bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu
menarik diri. Keadaan ini menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri.
Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk
kepada sesiapa. Beliau perlu membuat keputusan sendiri. Ketika itu beliau hanya
mempunyai seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah
fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang
diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan
modal daripada institusi kewangan. Beliau menanggung risiko besar kerana
pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
v. Teliti
Observant bermaksud
tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Datuk Wan Mohamad Sani Salleh menggunakan pengalaman beliau menggunakan pengangkutan
awam iaitu bas ekspres sejak dulu lagi untuk mengetahui keperluan pelanggan dan
pengalaman beliau itu digunakan ketika menguruskan Sani Express.
KESIMPULAN
Untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya
dan terkenal di dunia keusahawanan bukanlah jalan yang mudah untuk dicapai pada
zaman era globalisasi ini. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa
seseorang yang bergelar usahawan hendaklah berani mengambil risiko seperti
memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan walaupun halangan
dan cabaran yang hebat harus ditempuhi sebelum mencapai kearah kejayaan.
Usahawan juga hendaklah mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan bagi
kemakmuran dan bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan. Usahawan juga
merupakan seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan
sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. Kegagalan dalam
perjuangan bukanlah suatu penghalang bagi mereka untuk mengundur diri. Malah,
mereka lebih bersemangat untuk mengejar impian masing-masing.
Usahawan
merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang
bijak menggunakan rangkaian sebagai suatu alat perantaraan yang boleh
menghubungkan antara usahawan dan pelanggan dengan lebih dekat. Usahawan juga
merupakan individu yang unik dan berfikiran secara terbuka berbanding orang
lain. Ciri-ciri usahawan yang ada pada setiap individu berupaya membangunkan
bukan sahaja diri sendiri, malah bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat
dan negara. Usahawan juga mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata di atas
usaha usaha dan semangat juang yang mereka tonjolkan dalam diri setiap
individu. Mereka yang mampu mengenalpasti peluang dan menggunakan peluang
tersebut dengan mengembling tenaga manusia, kewangan dan lain-lain bahan untuk
membentuk perniagaan yang mendatangkan hasil juga merupakan usahawan.
5.0
RUJUKAN
Sumber
Buku
Asas
keusahawanan / Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia. Shah
Alam: MEDEC, 1992.
Fazilah Ibrahim dan Wan Mohd Nazif : Formula menjadi usahawan berjaya. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd,
KUALA LUMPUR. 2007
Haji Rusdi Haji
Mustafa. Ke arah usahawan berjaya.Kuala
Lumpur: Tunas Ilmu 1991.
Sumber
Akhbar
KOK, C. (2015,
January 3). The Star Online. Retrieved 10 2, 2015, from The Star Online
Web site:
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/01/03/Oriental-Holdings- enters-new-era-Will-the-third-generation-of-the-Loh-family-inject-excitement- into/?style=biz
MERAN ABU BAKAR.ARKIB
: 12/04/2013. AliffSyukri Cetus Fenomena.
Utusan Online(Keluarga).
RABIATUL ADAWIYAH KOH
ABDULLAH. ARKIB : 08/07/2012. Kehebatan
Jimmy Choo. Utusan
Online(Rencana).
Sumber
Internet
Bonjour. (2010,
September 25). Daily Tools. Retrieved October 3, 2015, from Daily Tools
Web site:
Mousumi Saha Kumar. (2012, February 14). Brainprick.
Retrieved October 5, 2015, from Brainprick Web site:
http://brainprick.com/robert-kuok-from-office-boy-to-the-richest-in-southeast-asia/